Utusan Borneo - 05/11/14 - S. Connie Pearl SUIL
Anak Tiada Kewarganegaraan
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah - Ismail Ahmad menyatakan
Pengeluaran sijil kelahiran kepada anak warga asing di negeri ini, adalah untuk tujuan ‘rekod dan pemantauan’.
Sijil kelahiran telah dikeluarkan kepada anak warga asing di negeri ini sejak empat tahun yang lalu, namun
tiada antara mereka yang diberikan kewarganegaraan Malaysia.
Kanakkanak bukan warganegara atau anak warga negara asing yang lahir di Sabah akan dikeluarkan dengan sijil
kelahiran berwarna merah, manakala sijil kelahiran berwarna hijau adalah untuk penduduk tempatan.
Mereka yang memiliki sijil kelahiran berwarna merah tidak bermakna memiliki Mykad atau diberi taraf
kewarganegaraan.
Pengeluaran sijil kelahiran di negeri ini di kawal oleh kerajaan Sabah menerusi Ordinan Pendaftaran Kelahiran
dan Kematian (cap. 123), yang mana setiap kelahiran wajib didaftarkan tanpa mengira status kanak-kanak terbabit.
Setiap kelahiran mesti didaftarkan dalam tempoh 14 hari atau selepas tempoh terbabit ibubapa terpaksa
mendapatkan sijil kelahiran daftar lewat dengan mengikut syarat ditetapkan termasuk mendapatkan pengesahan
dari mahkamah kelas pertama.
Taraf kewarganegaraan seseorang adalah ditentukan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung serta
taraf perkahwinan yang sah semasa kelahiran itu berlaku.
Sekiranya ibu tunggal warga tempatan yang memiliki anak, secara automatik anak itu akan dikategorikan
sebagai warganegara.
Manakala sekiranya seseorang lelaki tempatan mempunyai anak dengan wanita asing tetapi tidak menerusi
perkahwinan yang sah secara automatik anak terbabit dikategorikan sebagai warga asing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan