Utusan Borneo - 05/11/14 - Norwahida Yamaluddin
Esscom beri perhatian serius masalah masyarakat Palauh
Esscom beri perhatian serius masalah masyarakat Palauh yang dikhuatiri ancam keselamatan. Segelintir daripada mereka didapati terlibat dalam aktiviti tidak sihat yang boleh mengancam keselamatan negara. Pengarah Awam Esscom Ruji Ubi menyatakan, terdapat keperluan untuk mencari penyelesaian secara menyeluruh termasuk pendokumentasian dan pengeksplotasian golongan Palauh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Jalan penyelesaian yang terbaik diperlukan untuk menangani masalah orang Palauh secara berkekalan. Hal ini tidak perlukan sokongan semua pihak.
Esscom telah mengambil inisiatif memanggil mesyuarat ini untuk membincangkan hal secara mendalam termasuk mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak. Dalam perhimpunan jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan hal ehwal Pengguna pada 27/10/2014 Datuk Jainab Ahmad Ayid menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Esscon dicadangkan bekerjasama menyelesaikan permasalahan masyarakat Palauh didaerah Lahad Datu.
Masyarakat Palauh mula dikesan sehak 300 tahun lalu dan dipercayai berasal dari kepulauan Riau Johor khususnya Pulau Lingga kemudian berhijrah ke kepulauan Selatan Filipina dan Borneo Utara sejak 100 tahun lalu selepas kejatuah empayar Melaka. Golongan Palauh dikenali sebagai Sea Gypsics kerana hidup secara nomad di lautan, dan majoriti mereka masih menetap di perahu dan mengamalkan budaya hidup sebagai pelaut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan