Khamis, 6 November 2014

Esscom beri perhatian serius masalah masyarakat Palauh

Utusan Borneo - 05/11/14 - Norwahida Yamaluddin

Esscom beri perhatian serius masalah masyarakat Palauh

Esscom beri perhatian serius masalah masyarakat Palauh yang dikhuatiri ancam keselamatan. Segelintir daripada  mereka didapati terlibat dalam aktiviti tidak sihat yang boleh mengancam keselamatan negara. Pengarah Awam  Esscom Ruji Ubi menyatakan, terdapat keperluan untuk mencari penyelesaian secara menyeluruh termasuk pendokumentasian dan pengeksplotasian golongan Palauh oleh pihak tidak bertanggungjawab. Jalan penyelesaian yang terbaik diperlukan untuk menangani masalah orang Palauh secara berkekalan. Hal ini tidak perlukan  sokongan semua pihak.

Esscom telah mengambil inisiatif memanggil mesyuarat ini untuk membincangkan hal secara mendalam termasuk mendapatkan maklum balas dan pandangan semua pihak. Dalam perhimpunan jabatan dan agensi di bawah  Kementerian Pembangunan Masyarakat dan hal ehwal Pengguna pada 27/10/2014 Datuk Jainab Ahmad Ayid  menyatakan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Esscon dicadangkan bekerjasama menyelesaikan  permasalahan masyarakat Palauh didaerah Lahad Datu.

Masyarakat Palauh mula dikesan sehak 300 tahun lalu dan dipercayai berasal dari kepulauan Riau Johor khususnya Pulau Lingga kemudian berhijrah ke kepulauan Selatan Filipina dan Borneo Utara sejak 100 tahun lalu selepas kejatuah empayar Melaka. Golongan Palauh dikenali sebagai Sea Gypsics kerana hidup secara nomad di lautan, dan  majoriti mereka masih menetap di perahu dan mengamalkan budaya hidup sebagai pelaut.

Sijil Kelahiran Kepada Anak Warga Asing

Utusan Borneo - 05/11/14 - S. Connie Pearl SUIL

Anak Tiada Kewarganegaraan

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah - Ismail Ahmad menyatakan

Pengeluaran sijil kelahiran kepada anak warga asing di negeri ini, adalah untuk tujuan ‘rekod dan pemantauan’.

Sijil kelahiran telah dikeluarkan kepada anak warga asing di negeri ini sejak empat tahun yang lalu, namun 
tiada antara mereka yang diberikan kewarganegaraan Malaysia. 

Kanakkanak bukan warganegara atau anak warga negara asing yang lahir di Sabah akan dikeluarkan dengan sijil 
kelahiran berwarna merah, manakala sijil kelahiran berwarna hijau adalah untuk penduduk tempatan.

Mereka yang memiliki sijil kelahiran berwarna merah tidak bermakna memiliki Mykad atau diberi taraf 
kewarganegaraan.

Pengeluaran sijil kelahiran di negeri ini di kawal oleh kerajaan Sabah menerusi Ordinan Pendaftaran Kelahiran 
dan Kematian (cap. 123), yang mana setiap kelahiran wajib didaftarkan tanpa mengira status kanak-kanak terbabit.

Setiap kelahiran mesti didaftarkan dalam tempoh 14 hari atau selepas tempoh terbabit ibubapa terpaksa 
mendapatkan sijil kelahiran daftar lewat dengan mengikut syarat ditetapkan termasuk mendapatkan pengesahan 
dari mahkamah kelas pertama.

Taraf kewarganegaraan seseorang adalah ditentukan berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung serta
taraf perkahwinan yang sah semasa kelahiran itu berlaku.

Sekiranya ibu tunggal warga tempatan yang memiliki anak, secara automatik anak itu akan dikategorikan 
sebagai warganegara.

Manakala sekiranya seseorang lelaki tempatan mempunyai anak dengan wanita asing tetapi tidak menerusi 
perkahwinan yang sah secara automatik anak terbabit dikategorikan sebagai warga asing.


Selasa, 26 April 2011

Cabutan Bertuah

Petang tadi saya singgah Petronas untuk isi minyak kenderaan. Saya isi minyak patrol jenis Ron 95. Sampai kaunter, saya hulur RM 50.00. Pekerja perempuan kembalikan baki wang saya sebanyak RM 20.00 dan bagi resit warna merah. Terdapat tulisan Cabutan Bertuah. Perempuan itu kata, hari ini ada cabutan di STC. Jadi saya  boleh menyertainya. Betul - betul saya ni bertuah.
Sebenarnya di kepala saya, ada berdiri tanda soal. Beli minyak RM 30.00ke atas layak ikut cabutan di STC..Hah..nampaknya Petronas, ada saham di Sandakan Turf Club (STC)..apa - apalah...

Apa Kau Jalan

Kelmarin saya sama isteri kelam kabut mau pergi ke pejabat Sesco di jalan Batu Sapi. Bil elektrik colour merah. Kalau lambat bayar, silap - silap bergelap malam ini. Bah apa lagi, bak kata anak kecil saya, ikut jalan pintas. Saya pun memandu dengan sabar. Setelah melimpas kawasan Taman Mawar, bah terkejutnya saya, jalanraya pun macam muka berjerawat. Jalanraya belum dibaik pulih selepas banjir melanda Sandakan. Patutlah ada yang sampai marah - marah dalam FB, jalanraya teruk. Waktu itu jam 2.30 petang, kalau waktu orang pulang kerja sudah tentu lagi sesak, lagi teruk.
Kereta kawan jenis Wira adalah mangsa keadaan. Kesian, bergerak macam siput. Prak, prak bunyi kereta, terkena lubang. Pilihanraya kecil Batu Sapi telah lama berlalu. Janji - janji pun banyak bertaburan. Jangan sampai pengundi kutip janji - janji dan baling ke akhbar - akhbar. Lagi panazzz. Kalau tidak dapat aspal itu jalanraya, tabur saja dengan batu. Biarlah ada keselesaan kepada pengguna khususnya. Satu masa dulu, kalau jalaraya rosak, kita marah JKR. Konon JKR tidak buat kerja. Tapi sekarang, mau marah siapa. Tanya sama itu hud - hud ? Masalah begini sepatutnya menjadi keutamaan. Pihak berkenaan harap boleh memberikan perkhidmatan yang lebih ikhlas, bukan hanya semasa pilihanraya. Apa kau jalan...

Siring jalan

Kalau sudah suka berjalan, maka banyaklah yang kita nampak. Semasa berjalan mata kadang - kadang melihat apa yang ada di kiri kanan jalan. Orang kita cakap, apa yang ada di siringjalan. Ada masanya, orang yang duduk atau berdiri di siringjalan, mengembirakan kita. Tetapi tidak kurang juga yang sangat membikin hati kita susah. Jadi, marilah kongsikan cerita kamu orang. Kalau ada pandangan, nasihat atau komplain pun boleh juga kita kongsi. Namun, saya mengingatkan bahawa saya tidak bertanggungjawab atas apa juga perkara yang kamu orang kongsikan itu, sekiranya ada pihak telah bergegar dan berpeluh dahi. Bak kata bahasa. berani buat berani tanggung. Justeru, saya amat mengalu - alukan perkongsian idea demi kebaikan kita semua.

Bah, saya undur diri dulu. Cukuplah untuk permulaan. Mudah - mudahan kita boleh sambung bual - bual kosong.