Petang tadi saya singgah Petronas untuk isi minyak kenderaan. Saya isi minyak patrol jenis Ron 95. Sampai kaunter, saya hulur RM 50.00. Pekerja perempuan kembalikan baki wang saya sebanyak RM 20.00 dan bagi resit warna merah. Terdapat tulisan Cabutan Bertuah. Perempuan itu kata, hari ini ada cabutan di STC. Jadi saya boleh menyertainya. Betul - betul saya ni bertuah.
Sebenarnya di kepala saya, ada berdiri tanda soal. Beli minyak RM 30.00ke atas layak ikut cabutan di STC..Hah..nampaknya Petronas, ada saham di Sandakan Turf Club (STC)..apa - apalah...
Selasa, 26 April 2011
Apa Kau Jalan
Kelmarin saya sama isteri kelam kabut mau pergi ke pejabat Sesco di jalan Batu Sapi. Bil elektrik colour merah. Kalau lambat bayar, silap - silap bergelap malam ini. Bah apa lagi, bak kata anak kecil saya, ikut jalan pintas. Saya pun memandu dengan sabar. Setelah melimpas kawasan Taman Mawar, bah terkejutnya saya, jalanraya pun macam muka berjerawat. Jalanraya belum dibaik pulih selepas banjir melanda Sandakan. Patutlah ada yang sampai marah - marah dalam FB, jalanraya teruk. Waktu itu jam 2.30 petang, kalau waktu orang pulang kerja sudah tentu lagi sesak, lagi teruk.
Kereta kawan jenis Wira adalah mangsa keadaan. Kesian, bergerak macam siput. Prak, prak bunyi kereta, terkena lubang. Pilihanraya kecil Batu Sapi telah lama berlalu. Janji - janji pun banyak bertaburan. Jangan sampai pengundi kutip janji - janji dan baling ke akhbar - akhbar. Lagi panazzz. Kalau tidak dapat aspal itu jalanraya, tabur saja dengan batu. Biarlah ada keselesaan kepada pengguna khususnya. Satu masa dulu, kalau jalaraya rosak, kita marah JKR. Konon JKR tidak buat kerja. Tapi sekarang, mau marah siapa. Tanya sama itu hud - hud ? Masalah begini sepatutnya menjadi keutamaan. Pihak berkenaan harap boleh memberikan perkhidmatan yang lebih ikhlas, bukan hanya semasa pilihanraya. Apa kau jalan...
Siring jalan
Kalau sudah suka berjalan, maka banyaklah yang kita nampak. Semasa berjalan mata kadang - kadang melihat apa yang ada di kiri kanan jalan. Orang kita cakap, apa yang ada di siringjalan. Ada masanya, orang yang duduk atau berdiri di siringjalan, mengembirakan kita. Tetapi tidak kurang juga yang sangat membikin hati kita susah. Jadi, marilah kongsikan cerita kamu orang. Kalau ada pandangan, nasihat atau komplain pun boleh juga kita kongsi. Namun, saya mengingatkan bahawa saya tidak bertanggungjawab atas apa juga perkara yang kamu orang kongsikan itu, sekiranya ada pihak telah bergegar dan berpeluh dahi. Bak kata bahasa. berani buat berani tanggung. Justeru, saya amat mengalu - alukan perkongsian idea demi kebaikan kita semua.
Bah, saya undur diri dulu. Cukuplah untuk permulaan. Mudah - mudahan kita boleh sambung bual - bual kosong.
Langgan:
Catatan (Atom)